Salam Terakhir

Salam Terakhir merupakan sebuah lagu nyanyian Sudirman Haji Arshad yang dicipta oleh Habsah Hassan. Susunan lagunya pula dibuat oleh Manan Ngah. Lagu ini pernah dimuatkan di dalam album Orang Kampung dan menjadi salah satu lagu yang seringkali dimainkan serta dinyanyikan berulang kali sebagai memperingati kematian beliau. Selain itu, lagu ini telah dinyanyikan dalam pelbagai versi oleh Siti Nurhaliza dan sebahagian daripada pelakon filem Hoore! Hoore!.